Home Artikel PAS Perlis

Menjelang Syawal PAS Perlis Santuni Warga HTF

509
SHARE

KANGAR:  Sempena menyambut kedatangan Aidilfitri kali ini, PAS Perlis telah menyantuni warga Hospital Tuanku Fauziah di sini dengan menganjurkan program ziarah.

Program berbentuk kebajikan ini diadakan pada setiap tahun dan sebahagian daripada usaha mendekatkan PAS dengan masyarakat.

Pesuruhjaya PAS Perlis, YB Shukri Ramli, Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Perlis, Saudara Rus’selee Eizan serta Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Perlis Tuan Hj. Kamis Yob antara pimpinan yang hadir ke program tersebut. 

Turut serta, ahli-ahli jawatan kuasa daripada Badan Perhubungan PAS Negeri, Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama PAS Negeri Perlis serta wakil-wakil PAS kawasan-kawasan.

Dalam program berkenaan, sebanyak 600 keping sampul berisi wang tunai serta hamper telah disumbangkan kepada para pesakit dan petugas hospital, sebagai tanda cenderahati daripada PAS Perlis.

PAS Negeri Perlis merakamkan ucapan terima kasih kepada pengurusan HTF serta seluruh warga hospital atas kerjasama yang baik yang telah diberikan sepanjang program berlangsung.

{jathumbnail off}