Home Artikel PAS Perlis

Iftar MTD Kayang Meriah, Rai Golongan Kurang Berkemampuan

421
SHARE

KANGAR:  Majlis Tindakan Dun (MTD) Kayang telah menganjurkan majlis iftar peringkat Cawangan Telaga Idi pada 21 Jun 2017 yang lalu.

Walaupun Ramadhan kian melabuhkan tirainya, kemeriahan majlis iftar tersebut tetap dirasai. Selain para petugas PAS, program turut disertai oleh penduduk setempat.

Turut hadir, tetamu-tetamu jemputan, antaranya Setiausaha PAS Kawasan Kangar, Abd Jamil Kamis, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kawasan Kangar, Tn Hj Baharudin Ahmad, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dewan Ulama PAS Kawasan Kangar, Ustaz Mohd Zahid Ibrahim dan serta Pengarah MTD Kayang, Tn Hj Mohd Radzi Hassan.

Selain mengeratkan hubungan sesama ahli, program sebegini juga diadakan bagi meraikan golongan yang kurang berkemampuan, untuk turut serta berbuka puasa dengan juadah yang telah disediakan. 

{jathumbnail off}