Home Artikel PAS Perlis

SRI At-Taqwa Rayu Sumbangan Pembinaan Bangunan Baru

648
SHARE

BESERI:  Sekolah Rendah Islam At-Taqwa (SRIAT) di sini, memerlukan sumbangan bernilai RM 950 000 bagi menyempurnakan pembinaan bangunan baru sekolah.

Mudir SRIAT, Ust Hj Azamhari berkata, pembinaan bangunan baru sekolah ini adalah untuk menampung kemasukan pelajar baru bagi sesi 2018. Seiring dengan permintaan yang semakin meningkat, pihak sekolah katanya telah mengambil inisiatif untuk menambah prasarana sekolah bagi memastikan keselesaan dan keberkesanan pembelajaran dapat dijaga. 

Menurut beliau lagi, pembangunan blok 4 tingkat ini merangkumi kemudahan makmal sains, surau, makmal komputer, kelas tahfiz, bilik guru, bilik rawatan kesihatan, tandas dan dewan serbaguna.

SRIAT turut mengalu-alukan bantuan dan sumbangan daripada badan kerajaan dan swasta atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu menyiapkan proses pembangunan blok baru sekolah ini.

Pihak sekolah juga turut membuka peluang dan ruang seluas-luasnyanya kepada orang perseorangan untuk memberi infak dan sumbangan menerusi potongan tetap/auto debit secara online melalui akaun bank. Sumbangan tersebut akan digunakan  untuk membantu Pembangunan sekolah,tabung makanan pelajar dan melancarkan pentadbiran dan pengurusan sekolah.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke:

Akaun Maybank 559012003014,
Akaun Bank Islam 09010010042297,
Akaun Bank Rakyat 220011241254 atau
Akaun RHB 25901800001053 atas nama Sekolah Rendah Islam At Taqwa.

Sebarang persoalan boleh terus hubungi Ust Azamhari di talian 013-404 0777 atau Puan Sharifah 013-405 9414.

{jathumbnail off}