Home Rencana PAS Selangor

Mengutuk perbuatan anggota polis yang terlibat dengan pesta liar – PAS Kawasan Bangi

481
SHARE

May be an image of text that says "POLIS DIRAJA PAS KAWASAN BANGI MENGUTUK PERBUATAN ANGGOTA POLIS TERLIBAT PESTA LIAR ማン PAS AWASAN SAN BANGI"

PAS Kawasan Bangi Mengutuk Perbuatan Anggota Polis Yang Terlibat Dengan Pesta Liar – Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Bangi

Oleh : PAS Kawasan Bangi

Ketika umat Islam meraikan Aidiladha dengan penuh kesederhanaan, kita dikejutkan dengan penahanan 8 orang termasuk Ketua Balai Polis (OCS) di dalam daerah Kajang semalam.
Serbuan ini dilakukan ketika empat anggota polis serta empat wanita orang awam sedang berhibur dengan minuman keras serta meminum air ketum dalam sebuah bilik di tingkat dua balai berkenaan.

PAS Kawasan Bangi mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan yang merosakkan imej penjawat awam disaat umat Islam sedang meraikan hari raya Aidiladha.

PAS Kawasan Bangi menuntut kesemua anggota polis dan orang awam yang ditangkap diberi hukuman yang sewajarnya sebagai pengajaran kepada pihak berkuasa dan penjawat awam yang lain.

Rakyat menyanjung tinggi anggota polis sebagai petugas barisan hadapan dalam mengekang wabak Covid19. Namun kepercayaan ini perlulah digalas dengan penuh integriti dan amanah agar imej anggota polis tidak dipandang rendah dengan budaya yang jelas bertentangan dengan norma rakyat Malaysia yang berpegang teguh kepada agama Islam sebagai agama persekutuan.

21 Julai 2021 | 11 Zulhijah 1442H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor