Home Berita PAS Selangor

JAMK Bangi sumbang ayam mentah untuk Asnaf – JAMK Bangi

74
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

BANGI | Akhir-akhir ini semakin ramai yang makin terkesan dan hilang pendapatan akibat Covid-19. Apatah lagi para Asnaf, jika mereka hilang pendapatan mungkin akan terputus terus bekalan makanan dirumah.

“Terima kasih dik, ade rezeki sebelum raya”. Sehari sebelum menyambut Hari Raya Aidiladha, Jabatan Amal Bangi telah mengagihkan 50 ekor ayam kepada Asnaf di beberapa buah penempatan sekitar kawasan Bangi.

Sumbangan ini adalah hasil sumbangan daripada hamba Allah yang sangat pemurah. Semoga sumbangan ini dapat menceriakan persiapan perayaan para penerima pada kali ini.

Bagi yang ingin menyumbang untuk meneruskan gerak kerja kebajikan ini boleh salurkan ke :-

Bank : Bank Muamalat.
No. akaun : 1210 0000 0207 18

Akaun : Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bangi

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor