Home Berita PAS Selangor

Mengisi Maksud “Upaya & Amanah” – Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor

577
SHARE

Oleh : Ustaz Shafie Bin Ngah

Bangi, Selangor | 29 September 2020

Islam itu syumul. Syumul maksudnya semua aspek kehidupan manusia ada panduan Islam. Salah satu daripadanya adalah politik. Dalam politik, Islam ada panduan cara menentukan pemimpin. Islam menyarankan pilihlah pemimpin yang ada upaya dan amanah.

Demikian sebagaimana yang Allah ajar di dalam al-Quran (al-Qasas : 26) melalui kisah Nabi Allah Musa (a.s.);

ان خير من استأجرت القوي الامين

“….sesungguhnya sebaik-baik orang yang tuan ambil bekerja adalah orang yang قوي (berkeupayaan), lagi أمين (amanah).”

Upaya dan amanah : itulah sebaik-baik pemimpin yang patut kita pilih. Jika tidak sesempurna itu setidak-tidaknya hampir kepada itu.

Upaya Maksudnya berkeupayaan dalam bidang yang biasa dilakukan oleh seseorang. Jika mahu memilih ketua jabatan IT, sebaik-baiknya pilihlah orang yang tahu mengenai IT. Jika memilih general tentera, memang perlu dari kalangan anggota tentera itu sendiri.

Dan jika mahu memilih seorang pemimpin negara pilihlah mereka yang ada keupayaan untuk membangunkan negara, keberanian untuk mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara, dan kesungguhnan untuk menjaga kepentingan warga negaranya.

Amanah pula maksudnya, takutkan Allah. Ertinya, takut dengan pertanyaan Allah. Kelak Allah akan tanya, jawatan yang kamu pegang semasa di dunia dulu, apa yang kamu buat? Kamu buat untuk kepentingan diri kamu atau untuk ummat? Kamu bertindak betul atau bengkang bengkok? Kamu memelihara yang hak atau kamu buat ikut suka kamu?

Justeru, jika mahu memilih seorang pemimpin, pilihlah mereka yang takutkan Allah.

Pilihlah mereka yang takutkan azab Padang Mahsyar yang pasti menanti. Pilihlah mereka yang takutkan soalan Allah yang sangat berat di sana nanti. Pilihlah mereka yang takutkan neraka yang siksanya tidak terperi.

Ingat teman-teman. Jawatan itu berat. Lebih berat daripada apa yang kita fikirkan.

Ini bukan soal nama jawatan itu perse. Tapi ini soal tanggungjawab pada jawatan itu.
Jika ada parti lain yang tak berapa kisah tentang hal ini terpulang tetapi PAS kisah.

(Catatan ini diambil daripada buku Syarah As-Siyasah As-Syar’iyyah Imam Ibnu Taimiyyah, karangan Syekh Muhammad bin Solah al-‘Usyaimeen).

Ustaz Shafie Bin Ngah
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor