Home Artikel PAS Selangor

Kesungguhan Akan Datang Apabila Kita Faham – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor

298
SHARE

Oleh : Ustaz Hanif J

“Ustaz nanti minta diorang ambil gambar ye, ana tak dapat hadir dapat tengok gambar pun rasa gembira dah”

Saya bersaksi akan kesungguhan Saidul Marjuni dalam urusan-urusan jemaah Dan NGO. Walaupun terlantar di hospital namun tak berhenti video call nak pastikan persiapan berjalan dengan lancar.

Kenapa bersungguh sangat dalam kerja-kerja dakwah dan Islam ni? Bukan ada imbuhan pun malah siap kene keluar duit sendiri lagi ada. Dengan ujian lebih sikit kene fitnah macam-macam.

Bersunguh-sungguh sebab faham memahami bahawa kerja dakwah ini mesti dilaksanakan. Faham akan kewajipan melibatkan diri dalam gerak kerja menyebarkan keindahan Islam.

Bersunguh-sungguh sebab tahu
mengetahui bahawa setiap gerak kerja yang dilakukan dengan penuh ikhlas kepada Allah akan dibalas dengan syurganya, juga tahu bahawa dunia hanya sementara akhirat selamanya.

Bersunguh-sungguh sebab ingin iaitu menginginkan keredhaan dan rahmat daripada Allah, hanya dengan keredhaan dan rahmatnya dapat menjanjikan syurga yang kekal abadi.

Maka tidak hairan para sahabat nabi sanggup meletakkan nyawa mereka dihadapan kerana mereka faham, mereka tahu dan menginginkan sesuatu yang luar biasa di akhirat kelak.

Gambar ni memberikan saya motivasi selagi nyawa dikandung badan gunakanlah ia untuk menyebarkan manfaat kepada seluruh alam.

“Maaf tak dapat nak sertai meeting malam tadi, Eksiden otw nak ke meeting DACS malam tadi, doakan kesembuhan ana” wasap beliau dalam group DACS Selangor selepas beliau sedar.
Erti Hidup Pada Memberi.

Muhammad Hanif Jamaluddin
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor