Home Rencana PAS Wilayah

MENGENALI TRADISI KAUM CINA KETIKA CNY

1259
SHARE

Kaum Cina sangat sinonim dengan kaum yang rajin bekerja, kaya dan cintakan kesihatan. Perkara ini bersangkut paut dengan sejarah mereka yang panjang dan tradisi kaum Cina turun temurun.
4 TRADISI KAUM CINA SEMPENA TAHUN BARU CINA
◼️ WARNA MERAH & KUNING
Merah dan kuning adalah warna yang melambangkan tuah, kekayaan dan kesihatan. Perayaan tahun baru cina sangat sinonim dengan warna ini.
◼️ JANGAN SAPU LANTAI
Menyapu lantai rumah adalah simbolik membuang ‘ong’ dari rumah ke luar. Bukan tak boleh sapu, tetapi kaum Cina akan menyapu rumah mereka sebelum perayaan.
◼️ MAKAN BESAR MALAM RAYA
Acara makan besar akan diadakan pada malam raya di rumah anak pertama. Seluruh anggota keluarga akan bersama pada malam ini. YEE SANG adalah menu wajib tanda kemewahan dan panjang umur.
◼️ ANGPAU MERAH
Angpau merah adalah hadiah berupa duit. Angpau merah (yāsul qiań) akan diberikan oleh ahli keluarga yang sudah berkahwin kepada yang belum berkahwin.
Banyak lagi tradisi kaum Cina di dalam perayaan Tahun Baru Cina. Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakan-rakan Cina.