Home Rencana PAS Wilayah

SEJARAH PENUBUHAN WILAYAH PERSEKUTUAN

328
SHARE
WILAYAH PERSEKUTUAN merangkumi tiga buah wilayah termasuk ibu negara Kuala Lumpur yang kini berusia 48 tahun. Selepas 12 tahun penubuhannya, Labuan pula diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan dan kemudiannya Putrajaya (21 tahun).
Ketiga-tiga wilayah ini dikawal selia Kementerian Wilayah Persekutuan yang turut dipertanggungjawabkan untuk menjaga tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Labuan dan Perbadanan Putrajaya yang menjadi pintu gerbang utama kepada negara.
Kuala Lumpur
▫️Diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974
Ditadbir urus oleh DBKL yang diwujudkan pada 1972. DBKL menggantikan pentadbiran Suruhanjaya IbuKota yang ditubuhkan pada 1960
Labuan
Diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan kedua pada 16 April 1984
Ia merupakan langkah kerajaan bagi menghapuskan perasaan perbezaan antara kaum, bangsa, agama dan semangat kenegerian yang berunsur negatif antara penduduk di Malaysia.

Kewujudan ini merupakan usaha positif mencapai matlamat integrasi dan perpaduan negara yang diharapkan.
Putrajaya.
Dilancarkan pada 29 Ogos 1995 dengan pembinaan Mercu Tanda Putrajaya di Presint 1. Pada 1 Februari 2001, Putrajaya secara rasmi diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga. Diurus tadbir sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang utama
Fokus utama Putrajaya ialah menentukan pengurusan dan pentadbiran kelas pertama terhadap infrastruktur yang telah dibangunkan

Turut dirancang sebagai pusat kecemerlangan sukan air unggul di dunia di samping menjadi gelanggang utama untuk sukan ekuestrian dan polo.
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2022. Marilah terus mengekalkan keharmonian negara melalui hubungan keluarga Malaysia.