Home Artikel PAS Pahang

Mengacau asyura rapatkan ukhuwah, kata YB Chenor

23 views
SHARE

Program mengacau asyura ternyata mampu merapatkan ukhuwah atau persaudaraan di dalam sesebuah komuniti, kata ADUN Chenor Ustaz Mujibur Rahman Ishak.

 

Tambahnya, ini kerana melibatkan ahli-ahli kariah tersebut bergotong-royong daripada awal menyediakan bahan sehinggalah menikmati hasilnya.

 

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program mengacau asyura anjuran  Masjid Kampung Bukit Cempedak, Chenor, Maran, Pahang.

 

Mengacau bubur asyura secara bergotong-royong merupakan tradisi masyarakat Melayu Islam sejak dulu dan sinonim dengan tanggal 10 Muharam saban tahun.

 

Hari Asyura pula sering dikaitkan dengan kisah Nabi Nuh dengan kaumnya selepas berakhir peristiwa banjir besar di mana baginda mengarahkan supaya dimasak makanan menggunakan apa sahaja bijian yang ada.

 

Sementara itu program di Masjid Kampung Bukit Cempedak kali ini dijalankan secara sederhana tetapi tetap meriah seperti tahun-tahun yang lampau.

 

Di dalam ucapannya, Ustaz Mujib turut mengingatkan supaya beramal dengan tiga pesanan Nabi Muhammad supaya iaitu memberi makan (bersedekah), menyebarkan salam dan menunaikan solat malam qiyamullail.

 

“Jangan lupa untuk laksanakan tiga pesanan nabi kita iaitu memberi makan, memberi salam dan melakukan solat malam ketika orang lain sedang tidur.

 

“Kita juga dianjurkan agar memohon afiat kesihatan dan keampunan dosa daripada Allah. Ada 10 Afiat, lima di dunia dan lima di akhirat.

 

“Lima di dunia itu ialah memiliki ilmu, beramal dengan ilmu, ikhlas, syukur, redha dengan ketentuan Allah manakala lima afiat di akhirat ialah muka menjadi putih berseri di mahsyar, timbangan kebaikan lebih berat daripada kejahatan, hisab dimudahkan, dapat meniti titian Siratul Mustaqim dengan selamat dan yang terakhir dapat memasuki syurga,” katanya.

 

Hadir sama dalam program tersebut ialah Pengerusi MPKK Kampung Bukit Cempedak Abd Wahab Salim serta Imam Masjid Kg Bukit Cempedak.