Home Berita PAS Selangor

Pemuda PAS Shah Alam terus salurkan bantuan PKPD – DPPK Shah Alam

5
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Shah Alam | Pelbagai bentuk bantuan disalurkan daripada PAS Kawasan Shah Alam kepada mereka yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak dilaksanakan bermula 6 Jun lalu.

Mewakili Ustaz Ahmad Dusuki YDP PAS Shah Alam, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam, Ustaz Aubidullah Fahim berkata, hari ini menjalankan penghantaran Kit Barangan Asas Dapur berlokasi di Pangsapuri Nilam Sari Seksyen 7, Shah Alam buat penduduk yang memerlukan.

Justeru beliau berharap, bantuan yang diberikan itu dapat meringankan beban penduduk di situ serta mendoakan segala urusan pemberian bantuan yang dijalankan sepanjang pandemik Covid-19 dipermudahkan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor