Home Berita PAS Selangor

Meneroka pembelajaran secara didik hibur dan penerokaan kendiri – SRITI Kuala Selangor

56
SHARE

Program Eksploitasi Sains: Meneroka Pembelajaran Secara Didik Hibur Dan Penerokaan Kendiri – “SRITI Cemerlang” | Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Selangor

Oleh : Unit Pengurusan dan Pentadbiran
SRITI Darul Amilin, Kuala Selangor

Murid tahun 6 SRITI Darul Amilin telah berjaya menyertai Program Eksplorasi Sains dibawah inisiatif Amilin Melangkah Jaya. Program ini bermatlamat untuk memberi pendedahan secara terus kepada murid mengenai penerokaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan memberi keyakinan kepada murid untuk memberi pengucapan awam.

Semua murid yang terlibat telah menjalankan eksperimen secara kendiri dengan bimbingan guru mentor sepanjang PKP lalu. Hasil dapatan kajian dan pemerhatian telah dibentangkan di dalam sesi pembentangan sebentar tadi.

Antara eksperimen yang dijalankan ialah pengesanan mikroorganisma, pembinaan mini penghawa dingin, dan penyediaan lampu larva DIY.

Beberapa dapatan kajian berbentuk video boleh diakses melalui saluran Youtube rasmi SRITI Darul Amilin iaitu TV Pendidikan Darul Amilin.

Program Amilin Melangkah Jaya mempunyai beberapa program berbentuk pakej seperti Kem Mukallaf, My English Resume, Program Eksplorasi Sains, Program Pemerkasaan Jawi, Taklimat PKSK dan Sekolah Khas dan beberapa program lain yang bertujuan untuk mempersiapkan murid bagi menghadapi realiti kemasukan ke sekolah khas yang kian mencabar.

May be an image of 1 person, standing, headscarf and indoor

Tahniah kepada semua murid yang memberanikan diri menyampaikan maklumat dan terima kasih kepada semua guru yang terlibat.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor