Home Berita PAS Selangor

PRN Melaka: logistik jentera Selangor di N14 Kelebang – PAS Kawasan Sungai Buloh

113
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh

Oleh : PAS Kawasan Sungai Buloh

BUKIT RAMBAI, 10 November – Jentera dari Selangor mula menyusun gerak kerja pilihanraya negeri Melaka bagi membantu calon Perikatan Nasional DUN Kelebang N14 Tn Hj Bakri Jamaluddin.

Dilaporkan, 3 kawasan ditugaskan selama 3 hari disini dan silih berganti dengan kawasan lain sehingga hari pembuangan undi pada 20 November 2021 nanti.

Selain meninjau penyediaan yang dijalankan di blok logistik, kami berkesempatan melihat kawasan sekitar yang sudah mula menaikkan keghairahan berkempen dengan bendera-bendera parti bertanding yang dipasang dibahu-bahu jalanraya.

Namun begitu, masih banyak lagi kawasan-kawasan yang belum dipenuhi poster, bendera, billboard dan juga banner seperti pilihanraya sebelum ini.

Kami menjangkakan pada hujung minggu ini, perang poster dan bendera akan lebih rancak lagi disamping bahu-bahu jalanraya akan dihias dengan ‘bunting’, poster-poster calon dan lain-lain lagi.

Perikatan Nasional menawarkan calon yang bersih, berintegriti dan berkebajikan untuk mengurus dan mentadbir kerajaan negeri,

InshaAllah. Melaka memilih, Perikatan Nasional pilihan rakyat Melaka.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor