Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Memposisikan Muslimat PAS Dalam dan Luar Negara

28
SHARE

Oleh: Nik Nur Humaira’ Nik Yusri

SHAH ALAM, 18 Oktober – Muslimat PAS terus memposisikan diri di arena politik dalam negara dan juga di persada antarabangsa.

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) melalui Lajnah Antarabangsa dan PAS RELIEF proaktif melakukan misi kebajikan bersama NGO dengan menghantar sukarelawan untuk turun ke lapangan menghulurkan bantuan seperti bencana alam, serta mengikuti banyak persidangan untuk sama-sama memberi suara Muslimat PAS di pentas dunia.

Ini menunjukkan keberadaan Muslimat PAS di persada antarabangsa disedari oleh pelbagai pihak.

Justeru, bantuan boleh dihulurkan kepada NGO PASRelief di akaun Maybank, Tabung Kemanusiaan PASRelief : 5640 7061 4481.

Muslimat PAS menyeru agar lebih ramai muslimat
muda khususnya tampil untuk menjadi sukarelawan agar lebih banyak program dapat dianjurkan.