Home Berita PAS Wilayah

Tanah Terbiar Undang Haiwan Liar, Ancam Keselamatan Penduduk

967
SHARE

BATU : Penduduk Taman Rainbow bertemu jalan buntu ekoran dari sebuah premis gudang dan tanah terbiar yang menimbulkan keadaan kurang selamat pada penduduk sejak beberapa tahun lalu.

Masalah ini telah diadukan sendiri oleh Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Rainbow, Govindasamy kepada Pengerusi MPP Sub Zon 3 Pekan Batu, Hishamuddin Ghazali.

Hishamuddin yang meninjau sendiri lokasi tersebut mendapati premis gudang dan tanah terbiar itu dikelilingi rumah kediaman serta mengancam keselamatan penduduk kerana terdapat haiwan liar yang mengganggu seperti ular dan biawak.

Tempat tersebut juga dikhuatiri menjadi pembiakan nyamuk aedes yang menyebabkan peningkatan kes demam denggi.

Menurut Govindasamy, pihak KRT pernah berunding dengan tuan tanah untuk menyelesaikan isu ini namun tidak berhasil.

Semak samun yang naik di tanah tersebut juga telah menyebabkan saluran longkang yang berdekatan tersumbat.

Hishamuddin telah menyampaikan aduan ini kepada pihak berautoriti dan berharap agar isu ini diselesaikan mengikut peruntukan undang-undang bagi kebaikan dan kesejahteraan penduduk Taman Rainbow.