Home Berita PAS Sabah

Memimpin generasi kemenangan Islam tema muktamar DPPNS

47
SHARE

23 Oktober 2021
Basith Samad

KINABATANGAN: Pemuda PAS Sabah perlu menjadi generasi kemenangan Islam, mengacuankan diri dengan kemahiran dan mendekatkan diri kepada Allah supaya lebih bersungguh untuk lebih banyak mencipta kemenangan gerakan Islam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS), Zulzaim Hilmee Abidin, berkata pemuda akan terus ketinggalan ke arah kemenangan Islam yang lebih besar pada masa akan datang jika kita tidak menjadi sebaik-baik ketua dan sebaik-baik pasukan.

“Para pimpinan pemuda perlu meletakkan “bench-mark” yang tinggi dan meyakini bahawa kemenangan Islam pada masa hadapan adalah daripada pasukan kita.”

“Pemimpin dan ahli pemuda disetiap peringkat perlu menjadi yang terbaik dari segenap segi termasuklah persiapan pilihanraya, tarbiyah, politik, pendidikan dan semua yang menjadi tunjang gerak kerja pemuda PAS,” katanya dalam memberi ucaptama Ketua Pemuda di Muktamar DPPNS semalam.

Sebelum itu, keberkesanan gerak kerja DPPNS dapat dilihat melalui bantuan misi banjir oleh NGO PAS bersama Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah mendapat perhatian masyarakat setempat.

“Sesi Muktamar DPPNS kali ini dilihat agak penting kerana adanya pemilihan kepimpinan baharu DPPNS yang akan membentuk kabinet Pemuda negeri yang akan berhadapan dengan PRU-15 tidak lama lagi.

“Justeru, anak muda muka baharu perlu berani memimpin DPPNS agar dapat mengembangkan potensi kepimpinan, idea dan tenaga dalam memimpin generasi kini seiring dengan syariat Islam,” katanya lagi.