Home Berita PAS Kedah

Memang ‘rare’ dan unik Rumah Terbuka PAS Kawasan-kawasan

789
SHARE

 

oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 15 MEI – Sempena Syawal ini, PAS Kawasan-kawasan turut mengambil kesempatan untuk mengadakan Rumah Terbuka di peringkat Parlimen dan beberapa di peringkat DUN bagi meraikan kegembiraan penduduk.

Sudah menjadi amalan rakyat Malaysia, tradisi atau amalan rumah terbuka seakan menjadi kemestian bagi setiap perayaan utama seperti Hari Raya. Rumah terbuka itu sendiri sudah ada keunikkannya, kerana menurut tulisan daripada akhbar Berita Harian, amalan rumah terbuka hanya ada di Malaysia dan tidak ada di negara lain.

Bertambah unik dan menariknya bagi Rumah Terbuka PAS Kawasan-kawasan ini adalah dengan bagaimana cara mereka menyediakan menu. Kebiasaan bagi rumah terbuka, menu akan dipesan dan dihidangkan oleh katering dan penganjur hanya menyediakan duit. Tetapi tidak bagi mereka!

Difahamkan menu disediakan mengikut dewan-dewan, cawangan dan JPrD dari setiap DUN. Ada juga yang menggunakan konsep untuk membawa sorang sedikit. Contohnya yang berlaku di Kuala Kedah baru-baru ini, setiapΒ cawangan perlu membawa rendang dan 2 kilo ketupat. Menarik dan ‘rare’ kan! Jadi bila digabungkan semua cawangan, bilangan ketupat akan jadi banyak!

Melalui konsep ini sedikit sebanyak akan menjimatkan tenaga dan duit. Namun tak dinafikan, ada juga beberapa menu yang disediakan oleh pihak katering.

Daripada keunikan konsep yang dibawa tersebut, terbukti bahawa ahli-ahli PAS amat mudah berpakat danΒ  bersifat murah hati. Bahkan konsep begini boleh mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.

Alhamdulillah, setakat ini sudah 14 Parlimen dan 3 DUN sudah melaksanakan rumah terbuka. Kehadiran daripadanya sangat memberangsangkan dan di luar jangkaan. Tahniah buat semua kawasan atas penganjuran Rumah Terbuka PAS Kawasan-Kawasan.

Kat luar sana cuba buat konsep ni! Agak-agak berjalan dak? InsyaaAllah, di mana ada kemahuan di situ ada jalannya.

Boleh tengok galeri foto kemeriahan raya pada link-link berikut:

  1. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0DKpdnZ26zGqqLmBnzW7wbbTq2HLXX8L6uAFSNbyP833iYhZkWYVjWSomay6JxLvBl&id=100069976940489&mibextid=Nif5oz
  2. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0B1vvU5iQogNushcasxMyA4b3v4VnTcG4dNPRfgrV4MeSd3B6YMt96tct4BESo41El&id=100069976940489&mibextid=Nif5oz
  3. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0BfwF7r15ib5exPrvk7fMjaH6q6eU7eAVehZgWrVhjJxJz9gCtv7c2PNjiSvoEDFAl&id=100069976940489&mibextid=Nif5oz
  4. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0xhoeGrF4c3qzf79yoarWwWeNv3t6DdkEejC6U1Es5WWSr81cJg72qHYjxoYWZh8xl&id=100069976940489&mibextid=Nif5oz
  5. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0MWn1bxMxU1bTvDmK549Xs9eo67oBDMZh4qp13d97aB3kTLHywmGGQQ9ZxUPksgnel&id=100069976940489&mibextid=Nif5oz