Home Berita PAS Sarawak

MELESTARIKAN PERTANIAN TEMPATAN KEPADA SEBUAH INDUSTRI UTAMA SELEPAS INDUSTRI BERAT SARAWAK

850
SHARE

 


Tanah subur dan rakyat yang mewarisi kemahiran bertani sebagai salah satu budaya hidup serta ekonomi tempatan merupakan kelebihan pertanian di Sarawak yang menyumbang 14% kepada hasil negeri ini tahun 2016 iaitu sebanyak Rm14.8bilion. Ini menjadikan industri pertanian menjadi penyumbang ke empat hasil tertinggi di negeri ini. Namun, apakah industri pertanian ini diurus secara serius dan mapan di Sarawak? Apakah masalah utama dalam pengurusan projek-projek pertanian di negeri ini? Apakah salah guna bantuan dari agensi pertanian yang berkaitan membantut perkembangan industri pertanian di negeri ini? Adakah bajet serta infrastruktur, teknologi dan pasaran kepada hasil pertanian bermasalah di negeri ini?

Semua persoalan diatas harus dinilai dari sudut aspek pengurusan yang cekap dan efisyen Kerajaan Negeri dan seterusnya kerjasama rakyat sebagai tulang belakang kepada perkembang aktiviti pertanian. Dari sudut geografi, tanah yang subur di Sarawak sangat sesuai untuk bidang industri pertanian secara komuniti dengan bantuan teknologi hasil kajian Universiti tempatan. Namun setakat manakah seriusnya kerajaan negeri mengurus bidang ini? Jika cabaran sebenar disebalik segala usaha mempromosi sehinggalah membantu para petani yang menerima bantuan, subsidi, program bantuan khusus dari kementerian atau agensi adalah faktor insfrastruktur jalan yang lemah. Maka solusinya perlu dibina segera jalan-jalan pertanian sesuai dengan keperluan semasa.

Namun saya melihat dari sudut berbeza dalam pengurusan industri pertanian negeri ini, saya memberi contoh seperti rekod bahan import berkaitan penternakan ayam dan produk makanan ternakan, telah menyebabkan negara menghadapi defisit RM18 bilion sehingga kini dan sebahagian besar import negara tersebut adalah daripada sektor ternakan, kira-kira kira-kira RM5 bilion setiap tahun. Permasalahan ini terhenti sekiranya rakyat tidak lagi makan hasil pertanian. Tetapi ianya adalah mustahil. Maka tanggugjawab sepatutnya bukan mengelak dari defisit secara langsung tetapi menyelesaikan permintaan yang sebenarnya berlaku disebalik defisit kepada perbelanjaan import bahan tani ini. Begitulah kita melihat kepada permasalahan infrastruktur tersebut, bukanlah masalah infra jalan raya menjadi masalah utama tetapi soal bagaimana mobilasi, pasaran serta pengurusan hasil tani secara pukal sebagai bekalan dan menyeimbangkannya dengan harga pasaran, permintaan dan stok negeri.

Masalah lain yang kita dengar muktahir ini juga adalah bantuan yang diberikan oleh kerajaan dan agensi berkaitan disalahgunakan, soalnya sama sahaja seperti kita melihat isu infra dan bahan import sumber tani diatas. Rancangan menkomunitikan pertanian seterusnya menjadi sebuah industri yang lestari perlu dirancang dan dibuat oleh kerajaan dengan mengembelingkan sumber tenaga tempatan iaitu komuniti dengan meletakan sasaran kawasan tumpuan yang boleh menjadi pengeluar hasil tani seperti buah-buahan, beras, perladangan komuniti, perikanan, dan produk hasilan tani melalui proses makanan. Kita tidak sepatutnya membenan kemahiran orang tempatan di dalam setiap sektor bidang pertanian ini sebagai jentera penggerak kepada industri pertanian ini nanti. Sebagai contoh, di sekitar Kota Samarahan sehingalah ke Betong boleh dijadikan sebagai kawasan tanaman padi secara besar-besar dengan berkonsepkan pertanian komuniti ini. Sarikei sehinggalah ke Sibu boleh dipergiatkan lagi konsep pertanian secara komuniti ini untuk tanaman buah-buahan dan sayur- sayuran. Manakala pantai Mukah sehinggalah ke Bintulu difokuskan untuk usaha menaikan kegiatan perikanan. Saya juga percaya dengan adanya hub halal makanan Sarawak di Tg.Manis sangat sesuai dijadikan pengkalan produk hasil tani Sarawak. Ditambah lagi projek jalan raya utama iaitu Lebuh Raya Pan Borneo akan siap tidak lama lagi dan ini akan merancakan lagi industri pertanian ini.

Apakah yang dimaksudkan Pertanian secara komuniti ini? Ianya satu bentuk perancangan untuk melaksanakan projek pertanian dimana Kerajaan sebagai pengurus kepada aktiviti pertanian tempatan. Ianya meliputi kerja-kerja meneroka tanah, memberi benih, membuat kajian semasa untuk meningkatkan hasil tani(melalui kepakaran Universiti tempatan Sarawak), memasarkan dan mengurus stok makanan hasil tani negeri sebagai sebahagian daripada “Food Security” negeri. Keseriusan usaha kerajaan dalam menkomunitikan pertanian ini akan meletakan paras industri kita sehingga melepasi paras simpanan stok makanan tempatan. Jika ini berlaku, sebahagian daripada harga barang atau bahan makanan akan lebih murah kerana ianya dihasilkan di negeri ini sendiri. Industri ini juga akan menjadikan masyarakat luar bandae khususnya boleh mendapat pekerjaan di dalam komuniti mereka sendiri.

Kerisauan kita kepada sektor pertanian di negeri ini adalah sekerinya kita hanya terus bergantung kepada hasil import untuk mencukupi permintaan tempatan, lama kelamaan kemahiran dalam pertanian, perikanan dan perladangan oleh orang Sarawak akan hilang kerana usaha mempergiatkan aktiviti pertanian ini terbantut.

Usaha mengkaji kaedah pengurusan terbaik ini perlu dilakukan segera seiiring dengan usaha kajian terhadap teknologi pertanian yang semakin berkembang. Keseimbangan ini perlu berlaku di dalam sektor yang telah lama ditinggalkan oleh Kerajaan dari sudut penfokusannya. Ini terbukti jika dibandingkan dengan negara rakan ASEAN yang lain. Kita tidak mahu hanya berbangga negera berada di tangga yang ke 38 dari 116 negara pengeluar agro makanan seluruh dunia dan biarlah penghunaan bajet pertanian oleh negara mendapat pulangan yang sesuai dengan pelaburan di dalam sektor ini.

Zharudin Narudin
Timbalan Ketua Pemuda
PAS Negeri Sarawak


{jathumbnail off}