Home Artikel PAS Sarawak

Majlis Penubuhan PAS Cawangan Penaja Kg Bakam Miri

761 views
SHARE

SIBUTI- 9 April 2017 bersamaan 12 Rejab 1438 , PAS Cawangan Penaja Kg Bakam Miri telah ditubuhkan secara rasminya dengan dihadiri oleh Yang Di-Pertua PAS Kawasan Sibuti, En Butir Bin Bakar serta dihadiri beberapa ahli PAS Kawasan Sibuti yang bertempat di Kampung Bakam Miri. Majlis penubuhan juga telah dihadiri oleh Setiausaha PAS Miri iaitu En Mohd Afiq B Mhd Khazar sebagai wakil PAS Kawasan Miri.


Tambahan pula, majlis tersebut juga diteruskan dengan penyerahan kad ahli PAS oleh YDP Kawasan Sibuti kepada Ketua PAS Cawangan Penaja Kg Bakam yang baru iaitu Sdr Musliadi Hussein dan dibantu oleh Sdr Johan Raup selaku Naib Ketua PAS Cawangan.


Tahniah dan takziah diucapkan kepada barisan AJK PAS Cawangan Kg Bakam yang telah baru dilantik.

 

 

{jathumbnail off}