Home Berita PAS Melaka

MELAKA CATAT PENINGKATAN PENUBUHAN PASTI BARU

864
SHARE

Oleh : ANAS ABDULLAH

TANGGA BATU : Pengarah Jabatan PASTI Negeri Melaka Ustaz Mohd Shafiq Ismail telah mengadakan lawatan ke beberapa PASTI di sekitar Negeri Melaka bersempena hari pertama persekolahan, di sini Khamis lepas.

Menurut beliau, PASTI Negeri Melaka berjaya menubuhkan 10 buah PASTI baharu yang beroperasi pada tahun 2020, dan ianya menunjukkan penambahan dan perkembangan yang positif PASTI di Negeri ini.

Dalam lawatan tersebut, beliau telah melawati beberapa PASTI yang baru ditubuhkan, di antaranya PASTI Ad Dhuha, PASTI Aisyah, PASTI Sumayyah dan PASTI Rabiatul Adawiyah.

Sementara itu, Syafiq juga mengadakan lawatan di Sekolah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al-Fattah juga merupakan SRITI yang baru beroperasi tahun ini, terletak di Parlimen Tangga Batu.

Turut bersama dalam lawatan tersebut adalah Naib Yang Di-Pertua PAS Kawasan Tangga Batu, Mohd Hanim Abas.