Home Berita PAS Kedah

MB Sanusi usahakan paling kurang anak Kedah ada tapak rumah

1444
SHARE

disediakan oleh: NOR FATIN

ALOR SETAR, 23 JULAI 2023-Menteri Besar Kedah beri perhatian supaya tiap-tiap anak Kedah paling kurang ada tapak rumah.

Dalam program Ceramah Gelombang Perikatan Nasional semalam yang diadakan di Padang Awam Kuala Ketil, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor mengumumkan bahawa beliau akan memberi perhatian kepada anak Kedah yang duduk di Kedah mempunyai sekurang-kurangnya tapak rumah.

Beliau telah mengarahkan pegawai-pegawai daerah untuk mencari satu tanah di kawasan masing-masing yang sesuai untuk dibuat penempatan dan akan di plot-plot lot tanah. Hal ini bertujuan untuk diberikan kepada rakyat Kedah yang ada keupayaan untuk membuat rumah namun mengalami kekangan kerana tiada tanah.

Bahkan bukan itu sahaja, pemberian tanah itu juga akan melibatkan orang-orang susah yang memerlukan bantuan rumah.

“Ada juga orang susah yang nak bantuan rumah daripada lembaga zakat atau mana-mana agensi namun tidak memenuhi syarat kerana tiada geran, maka tuan-tuan kita akan sediakan geran tu untuk mereka.” Ujarnya.

Usaha ini juga dilaksanakan kerana YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor memahami masalah sesetengah rakyat yang berkeinginan untuk membeli rumah namun tiada slip gaji.

“InsyaaAllah, kita akan sediakan kemudahan ini, telah dipersetujui oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan, inilah kaedah untuk kita bahagikan tanah yang semakin sikit.” Ujarnya lagi.

Pengumuman yang dibuat oleh YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor disambut dengan laungan takbir para hadirin sebagai tanda mereka amat berbesar hati dengan tawaran tersebut.

Selain itu beliau juga turut mengingatkan para hadirin bahawa semua parti pernah menjadi kerajaan. Namun tidak ada yang boleh melawan kerja buat Perikatan Nasional! Ini kerana mereka hanya tumpu mencari kesalahan orang.

“ PH, besa jadi kerajaan, BN, besa jadi kerajaan, depa besa dok dalam kerajaan, tapi berapa geran yang depa dah keluarkan? Masa depa banyak habis cari salah orang!” katanya.

Beliau juga membidas dakwaan bahawa ada pihak yang menuduh beliau tidak membuat kerja adalah tidak benar. Segala gerak kerja beliau dalam kerajaan boleh dirujuk di page Urusetia Penerangan Darul Aman (UPDA).