Home Berita PAS Kedah

MB Kedah sempat berjamu selera disediakan NGO

211
SHARE

Oleh MOHD YUSOF ABU BAKAR

YAN : Kunjungan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi selepas sidang media bersama Perdana Menteri di Masjid Pekan Yan ke medan masak Team MTH di tempat letak kereta masjid itu mengejutkan semua pihak.

Di samping itu, Team MTH berjaya menyelesaikan misi membantu menyediakan makanan kepada petugas dan penduduk kampung di kawasan bencana Gunung Jerai di Yan, hari ini.

Lebih manis kami menyediakan makanan kepada petugas termasuk polis, tentera, kakitangan kerajaan negeri dan Persekutuan yang membuat persiapan menyambut kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninjau keadaan mangsa banjir lumpur di Yan dan Merbok.


Beliau dan rombongan sempat makan nasi berlauk siput, ikan kering dan petai yang disediakan tukang masak Zaini Hamid.

Terima kasih kepada semua penyumbang dana yang menyediakan makanan dalam misi membantu mereka yang terjejas akibat bencana paling teruk di kawasan Gunung Jerai.

/AH