Home Berita PAS Kedah

MB Kedah jelas isu RM600 bilion

972
SHARE

PADANG SERAI – Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjawab dakwaan berkaitan dana RM600 bilion yang dikatakan “diseleweng” ketika PN menjadi Kerajaan Persekutuan, di sini, malam tadi.

Beliau berkata dakwaan angka tersebut disyaki diambil daripada ucapan beliau yang merujuk kepada perbelanjaan besar semasa pandemik Covid-19.

“Saya ingat yang mula-mula kata itu adalah saya (Sanusi), pasal semasa pandemik Covid-19 ketika kepimpinanan Tan Sri Muhyiddin negara ini berbelanja begitu besar.

“Macam-macam program kerajaan buat untuk bantu rakyat berdepan Covid-19 yang tak pernah kita hadapi. Sekurang-kurangnya sekitar RM600 bilion dibelanjakan, saya kata,” katanya.

Beliau turut kesal selepas Perdana Menteri (Anwar) telah mengutip angka itu tanpa siasatan.

“Perbelanjaan sebenarnya RM530 bilion. Ia bukan duit fizikal, tetapi berbentuk program. Ada moratorium bank termasuk dalam angka itu, pengeluaran KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) termasuk angka itu.

“Yang duit tunai RM80 bilion adalah batuan BSH (bantuan sara hidup), itu saja. Tapi pening perdana menteri pun duk kutip hak (yang) itu buat apa?” katanya dalam ceramah yang diadakan di Taman Selasih, Kulim, yang turut dihadiri Muhyiddin.

Dalam program ceramah grand finale kempen pilihan raya kecil (PRK) Padang Serai malam tadi, Tan Sri Muhyiddin Haji Muhammad Yassin menegaskan Anwar sepatutnya membuat siasatan terlebih dahulu dengan fakta dan bukti sebelum mengeluarkan kenyataan berbentuk tohmahan.

Kata pengerusi PN itu lagi, jangan hanya sebab satu dua orang membangkitkan sesuatu cerita lalu kerajaan membuat tuduhan bagi menjatuhkan imej dan maruah PN.

“Dia boleh cari data, kalau tak puas hati siasat betul-betul.

“Dah dapat kenyataan yang betul baru boleh keluarkan kenyataan. Ini dia kata kemungkinan-kemungkinan, jangan buat begitu.

“Sebagai perdana menteri dia mesti bertanggungjawab apa yang dia cakap, mesti berdasarkan fakta dan bukti,” katanya.