Home Artikel PAS Selangor

MATAN Centre, PAS Shah Alam gabungan Misi Cakna Dapur Khabar PAS Kawasan Dari Negeri Selangor | PAS Kawasan Shah Alam

190
SHARE

Oleh : PAS Kawasan Shah Alam

Saat-saat mendepani cabaran Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (PKPB) ini, MATAN Centre dengan kerjasama PAS kawasan Shah Alam tidak terkecuali merasai satu kewajipan untuk membantu asnaf, fakir miskin, mereka yang memerlukan di Pangsapuri jalan Plumbum, Seksyen 7 dalam MISI CAKNA DAPUR.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ustazah Faizah Azahari merupakan isteri kepada YDP Shah Alam, Ustaz Ahmad Dusuki dibantu oleh S/U PKSA Ustaz Ubaidillah Fahim Ibrahim.

Hadir bersama membantu Ketua Cawangan PAS Seksyen 7, Ketua Muslimat dan wakil-wakil blok Pangsapuri tersebut.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang bersama-sama dengan kami untuk MISI CAKNA DAPUR ini.

Semoga sumbangan kalian akan menjadi bekal di akhirat nanti.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#DeemiIslam
#MisiCaknaDapur