Home Artikel PAS Selangor

Dewan Ulama PAS Negeri Selangor Menjunjung Kasih Titah Tuanku – Bingkisan Rida’ Di Bahu | Dewan Ulama PAS Negeri Selangor

218
SHARE

Oleh : Ustaz Rizuan Rahmat

Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor Ustaz Rizuan Rahmat mengambil maklum kenyataan Istana Negara berhubung keputusan KDYMM YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa tiada keperluan Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia buat masa ini.

Dewan Ulama PAS Negeri Selangor merafakkan setinggi-tinggi junjung kasih atas keyakinan dan kepercayaan Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong terhadap kerajaan hari ini.

Dalam masa sama, Dewan Ulama PAS Selangor menyokong penuh Titah Tuanku YDPA supaya ahli-ahli politik berhenti bermain politik di saat negara sedang diancam pandemik yang berbahaya

Justeru itu, Dewan Ulama PAS Negeri Selangor merasakan segala tindakan politiking yang diambil selepas Titah Baginda adalah suatu perbuatan mengabaikan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu serta kepentingan rakyat.

Oleh itu, Dewan Ulama PAS Negeri Selangor menyeru semua rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli politik baik dari pembangkang mahupun kerajaan bersatu padu dan mendokong usaha kerajaan dalam mendepani wabak COVID-19.

Sekian.

Ustaz Rizuan Rahmat
Ketua
Dewan Ulama PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor