Home Artikel PAS Selangor

Kerajaan Perpaduan Mungkinkah Akan Berlaku Sedikit Masa Lagi? – Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor

377
SHARE

Oleh : Ustaz Shafie Bin Ngah

Idea ‘Kerajaan Perpaduan’ pernah dilontarkan oleh Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang setelah usul undi tidak percaya terhadap kepemimpinan DS Abdullah Ahmad Badawi gagal.

Pada peringkat awal idea ini mendapat tentangan keras daripada pelbagai pihak termasuk daripada Mursidul Am PAS sendiri Almarhum TG Nik Abdul Aziz Nik Mat pada masa itu. Namun, setelah dianjurkan forum terbuka dan juga pertemuan empat mata dengan Presiden PAS itu akhirnya TG Nik Aziz menerima.

Reaksi yang menentang juga datang daripada PKR dan DAP namun yang anehnya BN memberi respons positif terhadap idea tersebut. Kata mereka demi perpaduan ummah BN boleh pertimbangkan.

Namun idea yang dilontarkan tidak kesampaian.

Itu dulu. Sekarang bagaimana?

Sekarang setelah kemelut politik terpaksa dibawa ke Istana Negara idea ini mula dilihat kembali oleh sesetengah pemimpin. Mungkin bentuknya tidak serupa tetapi ideanya hampir sama. Dan mungkin juga sama dari segi idea dan bentuknya iaitu ‘Kerajaan Tanpa Pembangkang’.

Segalanya mungkin.

Jika benarlah begitu, betullah dikata orang dalam politik ini musuh tidak selama-lamanya dan temanpun begitu juga.

Walau apapun, jika baik untuk agama, bangsa dan negara, apa salahnya. Kan?

Sekadar pemerhatian dari jauh tanpa mendahului pimpinan.

Ustaz Shafie Bin Ngah
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Selangor

10 Rabiul Awal 1442H | 27 Oktober 2020

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor