Home Berita PAS Sabah

MAT medan menilai gerak kerja

99
SHARE

Oleh : Aisyah Ramadha Ismail
26 Julai 2022

PUTATAN : Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Putatan kali ke-22 telah diadakan di Raia Hotel, Kota Kinabalu, pada Ahad.

Mesyuarat itu dihadiri oleh hampir 100 ahli PAS yang menjadi perwakilan dan pemerhati daripada Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dengan bertemakan ‘Bergerak Ke Gerbang Jasa’.

Yang Dipertua PAS Putatan, Ustaz Akmal Othman berkata PAS Kawasan Putatan dilahirkan pada tahun 1997 dengan nama ketika itu PAS Kawasan Tanjong Aru.

Tambahnya lagi, surat beranaknya bertarikh 30 Mei 2000, maka PAS kawasan sudah menyambut jubli Perak pada tahun ini.

“Bermula dengan hanya tertumpu kepada kebajikan dalam kalangan ahli dan keluarga, kini PAS Putatan dikenali dan dipercayai oleh masyarakat untuk menyumbang apabila berlaku musibah seperti kebakaran yang kerap kali menimpa, ziarah asnaf, sumbangan Ramadan, menjelang Aidilfitri, edaran kuih raya, ibadah korban dan sebagainya.

“Dengan adanya Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan setiap tahun ini, ia menjadi satu medan untuk menilai gerak kerja setiap lajnah dan ahli agar dapat diperbaiki lagi pada masa akan datang,” ujarnya lagi.

Mesyuarat ini diakhiri dengan perbahasan perwakilan yang hadir untuk membahas ucapan Yang Dipertua PAS Putatan.