Oleh: HABSAH ALI
INDERA MAHKOTA, 4 Ogos :: Sebanyak 115 beg bakul makanan telah diedarkan kepada masyarakat India di kawasan rumah murah Semambu dan Taman Balok Makmur Kuantan baru-baru ini.
Program yang berjalan serentak pada hari yang sama ini menerima sumbangan dari Kerajaan Perikatan National yang sangat prihatin di atas kesusahan rakyat yang terkesan dengan pendemik Covid 19 yang sedang melanda sekarang.
Ahli Dewan Negeri (AND) Beserah YB Andansura Rabu berkata “Agihan bakul ini berjalan lancar. Sebanyak 100 bakul untuk agihan di kawasan Semambu, manaka 15 bakul pula di Taman Balok Makmur.
“Kita menerima sambutan yang sangat baik dan keseluruhan penerima mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Perikatan Nasional terutama sekali di atas keprihatinan membantu mereka di masa susah”.
Menurut Andansura lagi, pihaknya bercadang untuk menyantuni masyarakat India ini sekali lagi sebelum menjelang perayaan Deepavali pada bulan Oktober atau November 2021 nanti.
Perhatian juga akan diberikan kepada 100 keluarga India di Bukit Setongkol dalam masa terdekat ini untuk meyantuni mereka di sana.
“Kita akan memastikan seluruh masyarakat sama ada Melayu, India dan Cina sama-sama dibantu dalam suasana dan masa sekarang.
Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Balendran Balasubramaniam yang turut serta dalam program ini menyatakan bahawa sumbangan kepada masyarakat Non-Muslim ini sudah lama dirancang bersama PAS Kawasan Indera Mahkota
“Kami di DHPP pun selalu mengikuti YB Andansura Rabu menyantuni kaum India di Balok Makmur dan Taman Dato Rashid.
“Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan kepada semua penerima dalam keadaan PKP ini.” kata Balendran.
Program Prihatin di Semambu disertai juga oleh Ketua Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampong (JKKK) Semambu Ramli Taib, dan Ahli Jawatankuasa PAS DUN Semambu.
Manakala di Taman Balok Makmur pula disertai Ketua Cawangan PAS Balok Makmur Jamir Senir yang sentiasa memberi komitmen tentang masaalah setempat.