Home Berita PAS Perak

Perkemas gerak kerja, PAS mesti juarai isu rakyat

34
SHARE

Oleh: Zulfahmi Ramli & Haikal Mohd Noh

IPOH, Gerak kerja PAS bersama masyarakat sangat sinonim melalui khidmat kebajikan berterusan di pelbagai peringkat malah menjadi orang terawal membantu menyelesaikan isu rakyat.

Setiap ahli PAS di semua peringkat mestilah bertindak sebagai #KitaEjenPenerangan dengan menyebarkan kejayaan atas usaha pemimpin setempat kepada masyarakat keseluruhannya termasuklah melalui media baharu.

Ketua Penerangan PAS Perak, Hafez Sabri menerusi ucapan pembentangannya dalam Konvensyen Penerangan dan Media Baharu PAS Perak di sini baru-baru ini menegaskan usaha tersebut mestilah dilaksanakan dengan serius.

“Apabila kita memahami masalah rakyat secara mikro dan diuruskan secara efisyen membuktikan PAS menjuarai isu rakyat dengan memberi penumpuan terhadap sesuatu yang dekat dengan kita terlebih dahulu.

“Ada kalanya mungkin dilihat kecil di peringkat lorong atau jalan dalam taman atau kampung, namun apabila dimajukan melalui saluran yang betul pasti impaknya sangat besar,” ujar Ustaz Hafez.

Katanya lagi, pengurusan strategik sesuatu isu perlunya melalui saringat peringkat demi peringkat dengan sedaya upaya memperkemas gerak kerja malah turut mengutamakan integriti.

Dalam pada itu, beliau turut meharapkan agar semua peserta benar-benar memahami kerangka kerja #KitaEjenPenerangan adalah secara dua hala iaitu “top down” dan “bottom up” yang mana pimpinan dan ahli saling bekerjasama.

Malah pesannya lagi, prinsip bekerja mestilah tidak lari daripada tiga elemen atau sasaran PAS iaitu tarbiyah, dakwah dan siasah serta menjadi asas pertimbangan terhadap sesuatu keputusan dibuat.

Konvensyen yang buat pertama kalinya diadakan secara maya itu berjaya mencatakan pendaftaran peserta melebihi 1,000 orang dalam usaha merakyatkan peranan penerangan dan media baharu PAS.