Home Berita PAS Kedah

Masjid Teloi Tua terima sumbangan RM5,000 dari ADUN Jeneri

175
SHARE

MUKIM TELOI – Masjid Al-‘Ula Qariah Teloi Tua Mukim Teloi menerima sumbangan kewangan dari ADUN Jeneri, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah bagi pengurusan masjid.

Penyerahan replika cek berjumlah RM5,000 itu disampaikan oleh YAB ADUN Jeneri sendiri kepada wakil imam, Pak Nak Abdul Rahim Ibrahim, bilal masjid Al-‘Ula di Majlis Munajat Kecemerlangan SPM 2021 Daerah Sik.

YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor menghadiri Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin untuk kecemerlangan calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 Daerah Sik.

Program yang diadakan serentak di seluruh masjid Daerah Sik ini dianjurkan oleh Penglibatan Ibu Bapa Komuniti & Sektor Swasta (PIBKS) Daerah Sik dengan kerjasama Pejabat Pusat Khidmat ADUN Jeneri, Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sik, Pejabat Pendidikan Daerah Sik, Pejabat Agama Daerah Sik.

Turut hadir bersama Pegawai Daerah Sik, YBhg. Tuan Mahamad Suhaimi Man, Ahli Parlimen Sik, YB Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman, Pegawai Agama Daerah Sik, Syeikh Mohamad Naem Ahmad.