Oleh IBNU JANIE
Foto ABU ANAS
MASJID TANAH, 23 Okt: Penyandang Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin menzahirkan rasa terkejut apabila diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional kawasan ini bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Menurut beliau ini adalah kerana beliau adalah calon Perikatan Nasional yang pertama namanya diumumkan oleh Pengerusi parti gabungan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya malam tadi.
“Pengumuman Tan Sri (Muhyiddin) tadi amat mengejutkan kerana program Jelajah Prihatin ini (berlangsung) daripada satu negeri ke satu negeri. Dah berapa negeri dah Tan Sri pergi tapi tidak adapun yang dibuat pengumuman.
“Tetapi bila malam ni diumumkan terus dan saya difahamkan kali pertama dibuat. Jadi saya ucapkan ribuan terima kasih di atas kepercayaan Tan Sri kepada saya sebagai calon,” ujar beliau.
Mas Ermieyati yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu turut berikrar untuk melakukan yang terbaik dalam kempen ini bersama dengan seluruh pasukan Perikatan Nasional.
“Jadi (dengan pengumuman ini) kami akan bekerja bersungguh-sungguh untuk kemenangan kerusi Perikatan Nasional di Masjid Tanah ini,” ujar beliau lagi.
Beliau menyatakan perkara ini pada sidang media usai Program Jelajah Prihatin Masjid Tanah dan Pelancaran Jentera Perikatan Nasional yang berlangsung di Homestay Warisan Kampung Paya Lebar Lubuk China, di sini, pada Sabtu malam.
Beliau memenangi Parlimen Masjid Tanah atas tiket BN pada PRU-14 dengan memperolehi 22,898 undi mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) dan PAS dengan majoriti 8159 undi.
Mas Ermieyati meninggalkan Umno untuk menyertai Parti Peribumi Bersatu (BERSATU) pada Disember 2018 selepas Kerajaan BN tumbang pada PRU-14.
Selain Muhyiddin, turut berucap di dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakop; Timbalan Pengerusi Perhubungan Perikatan Nasional negeri, Tuan Guru Zulkifli Ismail dan Pengerusi Gerakan Melaka, Datuk Seri Michael Gao Peng Lau.
Lebih 2000 orang jentera Perikatan Nasional dari seluruh Negeri Melaka hadir walau pun dalam suasana hujan lebat semenjak petang.
Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.
Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.
Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.
Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.
Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.
JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH