Home Berita PAS Melaka

Jentera PAS akan bekerja keras menangkan Mas Ermieyati – Ustaz Imran

173
SHARE

Oleh IBNU JANIE
Foto HANIFF ABDUL RAHIM

MASJID TANAH, 23 Okt: Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Imran Abdul Rahman mengulangi komitmen bahawa jentera partinya akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon Perikatan Nasional kawasan parlimen ini, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.

Beliau menyatakan perkara ini dalam sidang media selepas Program Jelajah Prihatin Masjid Tanah dan Pelancaran Jentera Perikatan Nasional Melaka yang berlangsung di Homestay Warisan Kampung Paya Lebar Lubuk China, di sini, pada Sabtu malam.

Respons ini dibuat susulan pengumuman yang dilakukan oleh Pengerusi Perikatan Nasional Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam ucapan beliau pada majlis tersebut bahawa penyandang Ahli parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin adalah calon parti gabungan ini di kawasan ini.

“Rasa bersyukur bagi pihak PAS sebagai komponen dalam Perikatan Nasional, memang menjangkakan yang beliau akan menjadi calon bagi mempertahankan kerusinya.
“Dan kami daripada PAS sebagai komponen Perikatan Nasional akan bekerja bersungguh-sungguh untuk kemenangan Datuk Wira Mas Ermieyati,” ujar beliau.

Ustaz Imran yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Negeri Melaka menyifatkan Mas Ermieyati adalah ‘calon boleh menang’ (winnable candidate) berdasar perkhidmatan beliau selama dua penggal di kawasan ini terutama ketika krisis pandemik Covid-19.

“Beliau telah menunjukkan betul-betul bersama dengan rakyat tidak mengira kaum bangsa parti semuanya mendapat layanan istimewa daripada beliau sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah.

“Kami bertekad untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan beliau dapat mempertahankan Parlimen ini. Dan kita mengharapkan sokongan daripada anak muda yang kali pertama menjadi pemilih pengundi automatik yang tidak pernah mengundi yang akan mengundi beliau insya-Allah,” ujar beliau kepada WARM-Berita PAS.

Mas Ermieyati memenangi Parlimen Masjid Tanah atas tiket BN pada PRU-14 dengan memperolehi 22,898 undi mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) dan PAS dengan majoriti 8159 undi.

Beliau meninggalkan Umno untuk menyertai Parti Peribumi Bersatu (BERSATU) pada Disember 2018 selepas Kerajaan BN tumbang pada PRU-14.

Selain Muhyiddin, turut berucap di dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakop; Timbalan Pengerusi Perhubungan Perikatan Nasional negeri, Tuan Guru Zulkifli Ismail dan Pengerusi Gerakan Melaka, Datuk Seri Michael Gao Peng Lau.

Ustaz Imran Abdul Rahman

 

Para penyumbang yang budiman. Keseluruhan projek ini iaitu membina sebuah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat; sebuah bangunan tandas dan membaik pulih bangunan asal sedia ada semuanya bernilai RM900 ribu.

Buat masa ini sedang disiapkan ialah dewan terbuka beserta dua tingkat pejabat yang bernilai RM450 ribu daripada jumlah keseluruhan RM900 ribu.

Pada masa ini pihak kami sangat memerlukan sebanyak RM180 RIBU bagi meneruskan pembinaan dewan terbuka ini untuk MEMBELI STRUKTUR BESI SEBERAPA CEPAT YANG BOLEH untuk menyiapkan dewan terbuka ini. Kami memohon dan merayu sumbangan tuan-tuan dan puan-puan untuk tujuan ini.

Para dermawan yang sudi untuk menghulurkan sumbangan boleh menyumbang kepada akaun Bank Rakyat – PAS Kawasan Masjid Tanah di nombor akaun 1101 6481 22.

Sebarang informasi, para penderma boleh berhubung dengan Ustaz Imran sendiri di talian 019-680 6707 atau Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Kompleks, Jamarudin Ahmad di talian 012-697 2328 atau Bendahari Jawatankuasa Pembinaan, Ustaz Azmi Sambul di talian 013-378 4729.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KOMPLEKS PAS KAWASAN MASJID TANAH