Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

Martabatkan Warga Emas; Hargai dan Sanjungi Jasa Mereka

84 views
SHARE

Martabatkan Warga Emas; Hargai dan Sanjungi Jasa Mereka

Telah berlangsung Lawatan Kerja Ustazah, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, bersama Pengerusi Lajnah As-Sabiqat, Puan Khadijah Mahmud ke Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) yang dipimpin oleh Pengasas dan Pengerusi PACU, Puan Hajah Asral Widad Ahmad Asnawi, turut serta Ketua Pegawai Eksekutif PACU, Ustaz Muhammad Hanafi, dan Ketua Pegawai Operasi Darul Insyirah, Cik Siti Aishyah bagi membincangkan isu-isu semasa dan perancangan semasa berkaitan warga emas.

Warga emas juga merupakan sebahagian daripada kita yang mana mereka mempunyai perbezaan kemampuan fizikal disebabkan umur sudah meningkat. Anak-anak mesti memainkan peranan menjaga, memberi kasih sayang dan mendidik mereka supaya mereka dapat melakukan ibadat dan menjalani kehidupan seharian dengan baik dan gembira.

Disebabkan berlakunya pelbagai kes pengabaian dan penderaan warga emas, ustazah melihat perlunya satu undang-undang yang melindungi dan memelihara hak sebagai seorang Islam yang mana apabila tua, mereka sudah tidak mempunyai kudrat seperti orang muda. Fiqah nya juga berbeza daripada orang muda. Semua pihak perlu bekerjasama dalam memastikan perkara ini dapat direalisasikan dan dapat diaplikasikan dalam masyarakat kita yang berbilang kaum ini.

Pertemuan ini merupakan satu langkah proaktif Muslimat PAS dalam merealisasikan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) melalui kerjasama erat dengan badan bukan kerajaan bagi menyediakan solusi terhadap isu semasa dan memperkasa kebajikan golongan warga emas.

Ustazah berharap pertemuan sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa, insyaAllah. Turut dilawati adalah Darul Insyirah Aisyah, salah satu Pusat Pendidikan dan Penjagaan Warga Emas. Terima kasih kepada PACU di atas kesudian menerima kunjungan kami.

Semoga Allah merahmati kita semua insyaAllah.

YB Senator Ustazah Hajah Nuridah Mohd Salleh
Ketua, Dewan Muslimat PAS Pusat

18 Julai 2019 bersamaan 15 Zulkaedah 1440