Home Berita PAS Negeri Sembilan

Mari bersama saya Melestarikan Adat, Memakmurkan Negeri – Cikgu Rafiei

21
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

JEMPOL, 11 Ogos – Saya menyeru tuan puan bersama saya Melestarikan Adat, Memakmurkan Negeri kepada DUN Pilah dengan mengundi saya.

“Undi Calon Perikatan Nasional dalam kertas undi sebagai pilihan untuk membawa pilah khususnya dan Malaysia amnya menjadi lebih prihatin, bersih dan stabil”.

Demikian ditulis oleh Cikgu Rafiei, Calon Perikatan Nasional N18 Pilah dalam Surat Terbuka kepada para warga N18 Pilah di facebook beliau.

Rafiei yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan turut menyatakan telah menyantuni semua lapis masyarakat, berbilang bangsa, kaum dan budaya.

“Saya juga amat bersyukur dengan sambutan baik lagi mesra yang diberikan kepada saya dan pasukan.

“12 Ogos merupakan hari yang amat penting bagi warga Pilah. Tuan puan berhak dan berkuasa memilih siapa pemimpin yang tuan puan mahu membawa suara warga Pilah di Dewan Undangan Negeri kita”, tulis beliau.

Di akhir surat berkenaan, Rafiei bertekad untuk teruskan perjuangan berbakti di DUN Pilah dan juga Negeri Sembilan.

Menurut SPR, malam ini merupakan waktu terakhir berkempen sebelum proses pembuangan undi pada esok hari.