Home Berita PAS Negeri Sembilan

Ustaz Mohd Fairuz selesai mengundi DUN Serting

199
SHARE

Oleh NAZIRUL MUNIR

JEMPOL, 12 Ogos – Calon Perikatan Nasional N05 Serting Ustaz Mohd Fairuz selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Tunku Muda, Serting di sini, hari ini.

Mohd Fairuz yang juga merupakan Yang di-Pertua PAS Kawasan Jempol tiba diperkarangan tempat mengundi pada jam 8.00 pagi tadi.

DUN N05 Serting mempunyai 18 tempat mengundi daripada 11 Daerah Mengundi.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga jam 10.00 pagi tadi, sebanyak 18% pengundi telah keluar membuang undi di Negeri Sembilan sejak jam 8.00 pagi.

Proses pengundian dijangka tamat pada jam 6.00 petang dan diteruskan dengan proses pengiraan undi.

Peratus keluar mengundi di Negeri Sembilan dijangka meningkat sehingga 30% menjelang jam 1.00 tengahari nanti.