Home Berita PAS Selangor

KP PAS Selangor bersama team kebajikan Pemuda turun ziarah – DPPK Kuala Selangor

25
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor

IJOK, 21 Oktober – Rombongan diketuai oleh Ustaz Hanafi Zulkapli, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) bersama Naib Ketua Pemuda Saudara Fadzli Abu Bakar serta Saudara Azwan mengiringi team kebajikan DPPNS menziarahi mangsa kebakaran yang juga merupakan rumah arwah ayah mertua Ustaz Faizol di Kampung Batu 7, Ijok.

Dalam ziarah tersebut, Ustaz Hanafi telah menyampaikan sumbangan kepada Ustaz Faizol mewakili keluarga.

Turut hadir Timbalan Ketua Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda Kawasan, Ustaz Azri Safwan bersama SUK PASTI Kawasan Kuala Selangor, Saudara Adam Mohamad meraikan rombongan.

Kesempatan kali ini juga, rombongan DPPNS sempat menziarahi Tuan Jefri Mejan di teratak beliau Kampung Bukit Badong.

Semoga ukhwah terjalin selamanya dan pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran Ustaz Hanafi serta rombongan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor