Home Berita PAS Selangor

Mangsa tanah runtuh Sri Damansara diziarahi – PAS Kawasan Damansara

34
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Damansara

Oleh : Umar Al-Hayawi

SRI DAMANSARA, 18 September – PAS Kawasan Damansara bersama PAS Cawangan Sri Damansara semalam, telah turun menyantuni dan menziarahi mangsa tanah runtuh di Sri Damansara.

Mereka telah berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan kepada sebuah keluarga mangsa tanah runtuh yang kini berada di Sekolah Kebangsaan Sri Damansara 2. Menurut PAS Damansara, sumbangan untuk 2 buah keluarga lagi akan diberikan pada hari berikutnya.

Semoga sedikit bantuan yang telah dihulurkan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada para penerima dan juga semoga bantuan tersebut dapat meringankan beban yang dipikul mereka dalam meneruskan kehidupan setelah menghadapi ujian yang berat ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor