Home Berita PAS Selangor

Mangsa COVID-19 di Kota Raja terima sumbangan – PAS Kawasan Kota Raja

5
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

KOTA RAJA, 18 September – Pusat Khidmat PAS Kawasan Kota Raja diwakili YDP PAS Kawasan Kota Raja, Tuan Haji Mohamed Diah Baharun telah turun menyantuni serta menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan kit makanan kepada mangsa-mangsa COVID-19 di sekitar kawasan Kota Raja.

Turut hadir bersama Tuan Syahrul Hizam Yusoff dan Puan Nirmala Devi selaku wakli Lajnah Perpaduan Nasional Kota Raja. Menurut wakil sukarelawan yang hadir, para penerima tersenyum gembira setelah menerima sumbangan tersebut.

Semoga sedikit bantuan yang telah dihulurkan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada para penerima dan juga semoga bantuan tersebut dapat meringankan beban yang dipikul mereka dalam meneruskan kehidupan dimusim pandemik COVID-19 ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor