Home Berita PAS Pahang

Mangsa ribut DUN Tioman diziarahi

1147
SHARE

27 September 2020/9 Safar 1442H

Kuala Rompin: Kejadian ribut yang melanda kawasan Perumahan Rumah Murah, Sungai Puteri pada petang semalam telah merosakkan kira kira lapan buah rumah. Walau bagaimanapun tidak berlaku sebarang kemalangan jiwa.

PAS DUN Tioman telah menziarahi mangsa-mangsa ribut tersebut dan menyampaikan sumbangan kepada mereka. Haji Abdul Aziz selaku setiausaha PAS DUN Tioman meninjau keadaan yang berlaku dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa yang memerlukan.

Semua mangsa ribut tersebut mengharapkan perhatian dan bantuan segera daripada pihak berwajib bagi membantu membaiki kerosakan memandangkan mereka merupakan golongan kurang berkemampuan.

PAS DUN Tioman mengucapkan takziah kepada mangsa ribut dan mengharapkan supaya kediaman mereka akan segera di baiki memandang musim hujan sudah bermula.

Penulis: Khairul Nizam Mi