Home Berita PAS Pahang

Jabatan Amal Rompin gerakkan Kempen Derma Darah

736
SHARE

Muadzam Shah 27 September 2020: Jabatan Amal Malaysia Kawasan Rompin membantu menggerakkan kempen kesedaran masyarakat untuk menderma darah kepada Unit Tabung Darah Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Program Derma Darah anjuran Unit Tabung Darah dengan kerjasama Hospital Muadzam Shah itu diadakan selama dua hari dan berakhir pada hari ini.

Seramai 50 orang hadir menderma dalam program yang diadakan di Asrama Jururawat Hospital Muadzam Shah dan ia merupakan suatu perkembangan positif terhadap kesedaran masyarakat untuk menderma darah.

Menurut pegawai bertugas, kesedaran masyarakat terhadap kempen sebegini perlu ditingkatkan supaya tabung darah mencukupi untuk menampung keperluan terutama ketika musim pandemik ini.

“Pada musim pandemik ini, darah yang di gunakan terlalu laju menyebabkan simpanan di unit tabung cepat berkurangan. Kempen sebegini sangat penting untuk Unit Tabung Darah” kata pegawai tersebut.

Program derma darah ini diadakan empat kali setahun.

Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Amal Malaysia Kawasan Rompin kerana telah membantu menggerakkan kempen Program Derma Darah ini.

Penulis: Khairul Izwan bin Ghazali