Home Berita PAS Kedah

Mangsa ribut dapat perhatian Ahli Parlimen Pendang

299
SHARE

PENDANG – Sebuah rumah mengalami kerosakan di bahagian bumbung akibat ribut kencang yang berlaku di Kampung Baru, semalam.

Ahli Parlimen Pendang, YB Awang Hashim berkata, sejurus menerima laporan, beliau meminta Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Pendang mengambil tindakan lanjut bagi membantu kerosakan yang berlaku.

“Saya terus meminta setiausaha sulit saya, Ustaz Saiful Syazwan Shafie ke rumah tersebut bagi meninjau keadaan dan kerosakan bagi mengambil tindakan seterusnya,” ujarnya.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Haji Rosli Bakar.

Katanya, PKWR turut menyampaikan sumbangan kepada pemilik rumah tersebut Puan Indah.

“Bagi meringankan beban Puan Indah, saya mengarahkan PKWR membaik pulih kerosakan yang berlaku dengan segera dan menanggung kos tersebut,” jelasnya.