Home Artikel PAS Sabah

Mangsa kebakaran Kampung Mangkalinau dapat perhatian PAS

222
SHARE

Oleh : Laila Ismail

14 November 2019

SANDAKAN : Nasib sekeluarga di Kampung Mangkalinau yang kehilangan rumah dalam kebakaran isnin lalu mendapat perhatian PAS Sandakan yang menghulurkan bantuan kewangan dan barangan dapur.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Sandakan, Adam Ahmad dan Ketua Penerangan PAS Sandakan, Mustaman Mustain yang hadir menemui mangsa di sini semalam.

Adam berkata, sumbangan ini sebagai tanda simpati PAS kepada mangsa kebakaran tersebut walaupun tidak dapat mengganti apa yang telah hilang.

“Walaupun kebakaran hanya melibatkan sebuah rumah dengan 5 orang ahli keluarga, namun PAS tetap hadir sebagai tanda prihatin kepada mereka yang terlibat,” ulas Adam.

Beliau juga berpesan kepada mangsa agar bersabar menghadapi ujian ini dan berdoa agar Allah mengganti apa yang hilang dengan sesuatu yang lebih baik.

Sementara itu, mangsa Yanti Binti Abdul Rashid ketika ditemui berkata mereka sekeluarga kini tinggal menumpang di rumah keluarga dekat sini.

Yanti juga mengharapkan pihak berwajib dapat membantu mereka untuk menduduki rumah PPR Harmoni berhampiran kampung ini untuk dijadikan kediaman baharu mereka.

Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 11 pagi pada 11 November lalu itu memusnahkan 100 peratus rumah berkenaan yang berkeluasan 30’x40’.