Home Artikel PAS Pahang

Mangsa Banjir Di Jengka 17 Terima Bantuan Dari YB Jengka

289
SHARE

KUALA KRAU : YB Ustaz Shahril Azman ADUN Jengka bersama Ketua Muslimat PAS Kawasan Kuala Krau Puan Rohaya Razali serta Ahli Jawatankuasanya menghulurkan bantuan pada hari ini kepada 26 orang mangsa banjir di Jengka 17.

Turut bersama terlibat dalam misi bantuan ini Ustaz Zainuri Yahya Ketua PAS Cawangan bersama Ahli Jawatankuasanya, Encik Mohd Azlan Sapuan Bin Mat, mewakili Pengurus Felda Jengka 17, Encik Yusof Bin Arshad Tok 4 Felda Jengka 17.

Antara bantuan yang dihulurkan seperti dapur, barangan keperluan memasak dan beras.

” Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir dalam menguruskan kehidupan ” ujar YB Ustaz Shahril Azman.