Home Artikel PAS Sabah

Asnaf  dan graduan antara peserta  Kursus Membuat Roti untuk jana pendapatan

328
SHARE

Oleh : Anna Tan
10 Januari 2021

TAWAU : Seramai 6 orang asnaf dan graduan lepasan IPT  antara 18 peserta yang mengikuti Kursus Membuat Roti bertempat di  PASTI AFEEYAH , Bandar Sabindo di sini, kelmarin.

Kursus yang di adakan selama sehari itu adalah anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau ( DMPKT) dengan kerjasama Lajnah Pembangunan Wanita dan Keluarga DMPKT.

Menurut Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Siti Arfah Asrisal tujuan kursus tersebut adalah untuk memberi peluang kepada para wanita untuk belajar dan menambah kemahiran membuat roti yang berkualiti agar peserta dapat menjana pendapatan diri dan keluarga.

“Inshaa Allah , Lajnah kebajikan dan Kemasyarakatan serta Lajnah Pembangunan Wanita dan Keluarga sedang merancang lebih banyak lagi program-program berbentuk kemahiran untuk memberi peluang para wanita mempertingkatkan ilmu dan kemahiran yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan serta untuk mempertingkatkan kemahiran dan jati diri para wanita” kata Siti Arfah.

Manakala Chef Arnuryanti yang dikenali sebagai Yanti Tawau berkata, para wanita harus berani menerokai pelbagai ilmu dan kemahiran baru dan berani merebut peluang untuk memajukan diri dan keluarga serta dapat menyumbang kepada masyarakat.

Program dimulai dengan penyampaian  tazkirah  oleh Pengerusi Lajnah Dakwah dan NGO, Ustazah Mardiyana Usman dengan menyentuh bab bentuk-bentuk rezeki.

Program diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada kesemua peserta manakala peserta daripada asnaf turut mendapat sekampit beras.