Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN
KUALA NERANG,22 FEB – Malam Apresiasi dan Majlis Makan Malam Pra Satu Dekad Khidmat Malaysia telah diadakan diadakan di Hotel Grand Barakah, Ampang Selangor semalam.
Negeri Kedah merangkul serta menerima dua anugerah dan dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama bagi Anugerah Khidmat Malaysia Negeri Terbaik dan Anugerah Pengurusan Bencana Terbaik.
Anugerah tersebut telah diterima oleh wakil Khidmat Malaysia Kedah iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu YB.Hj.Mohd Radzi Md Amin.
Pengerusi Khidmat Malaysia, YB Hajjah Siti Zailah Mohd Yusof menyatakan bahawa Khidmat Malaysia telah melahirkan anggota daripada berbagai entiti di antaranya ialah Briged Muslimat,Yayasan AMAL,PAPISMA,Kami Prihatin,Muslim Care Malaysia,Medicom dan Syabab Care.
Majlis Anugerah ini telah dirasmikan oleh Presiden PAS Malaysia YB.Tan Sri Dato’ Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Pada masa yang sama, terdapat juga Anugerah Khas Abu Bakar As-Siddiq dan dianugerahkan kepada Presiden PAS Malaysia YB.Tan Sri Dato’ Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.