Home Artikel PAS Pusat

Makluman Media – Isnin 15 Mei 2017

2,167 views
SHARE

Makluman Media  – Isnin 15 Mei 2017

Adalah dimaklumkan bahawa Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang akan menjalani rawatan intensif di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada hari Selasa 16 Mei 2017.

Sehubungan dengan itu saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengajak seluruh ahli dan penyokong untuk sama-sama berdoa dan menunaikan solat hajat memohon pertolongan Allah, agar Tuan Guru menjalani rawatan dengan jayanya, di kurniakan kesembuhan, kesihatan dan kekuatan  untuk terus memimpin dan membawa mesej perjuangan Islam ke serata dunia.

Maklumat rasmi dari parti akan  disampaikan dari masa ke masa mengikut keperluannya. Pihak keluarga dan parti ingin mengucapkan terimakasih kepada semua pihak kerana memberi ruang rehat secukupnya kepada Tuan Guru dengan tidak menziarahi beliau di waktu ini.

 

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Setiausaha Politik Presiden PAS

{jathumbnail off}