Home Berita PAS Selangor

Makanan tengahari buat Frontliners CAC Stadium Melawati – PAS Kawasan Shah Alam

61
SHARE

May be an image of 1 person, standing and indoor

PAS Shah Alam hantar makan tengahari buat Frontliners CAC Stadium Melawati – Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Shah Alam

Oleh : Umar Al-Hayawi

Shah Alam | Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati, Seksyen 13, Shah Alam yang merupakan pusat penilaian pesakit Covid-19 terbesar dalam negara dan purata pesakit Covid-19 harian yang hadir ke sana adalah seramai 1,500 orang. Tambahan hanya 150 orang fronliners yang bertugas disitu untuk menampung ribuan pesakit per hari.

Menurut PAS Shah Alam, mereka juga berkongsi pengalaman di mana terpaksa bekerja lewat untuk memastikan pesakit yang hadir diberikan layanan dan rawatan sewajarnya kerana ini mungkin lokasi terakhir mereka bertemu keluarga.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam, Ustaz Ubaidillah Fahim Ibrahim mewakili PAS kawasan Shah Alam terpanggil untuk membantu meringankan bebanan tugasan para frontliners di sini dengan menghulurkan bantuan makanan dan minuman.

“Makanan akan dimasak dari Dapur Tokku ini masih panas sewaktu diedarkan kepada mereka yang bertugas. Sumbangan ini bertujuan menyuntik semangat frontliners untuk terus memberi perkhidmatan seperti mana yang ramai ketahui Pusat ini telah menerima ribuan kunjungan masyarakat pada setiap hari” ujar beliau

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor