Home Berita PAS Selangor

Laporan aktiviti kebajikan PKPD KRCAMALSELANGOR – PAS Kawasan Kota Raja

5
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja

Oleh : Umar Al-Hayawi

Kota Raja | KRCAMALSELANGOR menyatakan rasa syukur kerana masih diberi kekuatan dalam melaksanakan amanah jamaah dan para penyumbang. Semoga Allah melindungi para sukarelawan, penyumbang dan semua rakyat negara ini. Covid-19 kini semakin meningkat dan sudah mencapai lima angka. “Ya Allah, lindungilah kami semua ya Rabb”.

1. Hari mereka bermula dengan menyiapkan pek kecemasan lockdown untuk guru- guru PASTI Hidayah dan PASTI At-Taqwa, Jalan Kebun. Penyerahan pek kebajikan ini diserahkan kepada Sdr Azman Mohd Mah Husin selaku pengurus di kedua-dua PASTI berkenaan. Sumbangan berbentuk barangan asas, ayam dan sayur-sayuran. Penyerahan telah dilakukan di PASTI Hidayah, Jalan Kebun.

2. Seterusnya, penyerahan beras kepada Persatuan Anak-Anak Pahang Diperantau melalui exconya Ustaz Mohd Fadzil Che Lah yang bertempat di Pusat Operasi Bantuan Kompleks KRCAMAL SELANGOR.

May be an image of food3. Penyerahan sumbangan 50 ekor ayam (sumbangan seorang pengusaha ayam) dan sayur-sayuran dari kebun Amal kepada Wakil AJK KRCAMAL SELANGOR, Ustaz Hafizul Husni Al-Banjari. Sumbangan berkenaan adalah untuk edaran asnaf dan penduduk di sekitar Seksyen 27, Shah Alam.

May be an image of 7 people, people standing, people sitting and headscarf4. Penyampaian sumbangan makan tengahari untuk 25 penghuni anak-anak yatim Ulin Nuha, rumah angkat KRCAMALSELANGOR. Terima kasih Sdr Badrol Isham atas sumbangan yang menceriakan anak-anak ini.

May be an image of 1 person5. Misi terakhir adalah menyampaikan sumbangan barangan asas, susu dan pampers kepada sebuah keluarga muda India yang memerlukan bantuan untuk anak mereka yang berusia setahun dua bulan.

May be an image of 2 people and food

Ayuh bersama kami, KRCAMAL SELANGOR membudayakan budaya kasih sayang dan bantu membantu di saat ujian Covid-19 ini. Relawan Amal dan aktivis parti sangat diperlukan untuk berada di lapangan masyarakat. Semoga ianya menjadi ibadah dan dapat menghindar wabak yang semakin mengganas.

Marilah menyumbang untuk program kebajikan KRCAMALSELANGOR dengan mendaftar di laman Onpay KRC :
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor