Home Berita PAS Negeri Sembilan

Majlis Zikir Munajat Anjuran PAS Kawasan Rembau

74
SHARE

 

RANTAU, 26 Julai: PAS Kawasan Rembau telah mengadakan Majlis Zikir Munajat untuk kemenangan kemenangan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihanraya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada 12 Ogos nanti di sini, malam tadi.

PN Rembau bakal meletakkan calon-calonnya di keempat-empat DUN dalam Parlimen Rembau dan PAS diamanahkan bertanding di DUN Paroi dan DUN Rantau, manakala DUN Chembong dan DUN Kota bakal di wakili oleh calon Bersatu.

 

Majlis zikir dan munajat malam tadi telah dipimpin oleh Ketua Dewan Ulamak Negeri Sembilan, Ustaz Md Nazri Md Yusof dan majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau, Rozmal Malakan.

Majlis dimulai dengan solat fardhu Isyak berjemaah, diikuti dengan solat sunat hajat dan seterusnya zikir munajad, mohon kemenangan dalam PRN nanti.

Majlis telah berlangsung di PASTI tTahfiz Pintar di Taman Bandar Ekar yang turut dihadiri seramai 30 orang muslimin dan muslimat PAS Kawasan Rembau.

PN bakal meletakkan calon terbaik yang diwakili oleh parti PAS, parti Bersatu dan parti Gerakan pada keenam-enam negeri yang terlibat dalam PRN pada kali ini termasuk Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.