Home Berita PAS Negeri Sembilan

DHPP lancar Bilik Gerakan DUN Bahau

361
SHARE

Oleh WARDATUL JANNAH ASSOFEA

Jempol, 26 Julai : Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Malaysia, YB Senator Balasubramaniam Nachiappan melancarkan Bilik Gerakan DUN Bahau sempena Pilihanraya Negeri kali ke-15 baru-baru ini.

Menurut Balasubramaniam, PAS menjaga kebajikan dan hal ehwal masyarakat India di Malaysia.

“Masyarakat Non Muslim tidak perlu takut dengan Islam kerana ia merupakan agama yang tidak rasis.

“PAS juga meraikan kepelbagaian kaum denvan menubuhkan DHPP serta menjaga kebajikan ahlinya”, ujar beliau.

Majlis yang diadakan di Pusat Perniagaan Kiara itu turut memperkenalkan Ketua DHPP Parlimen Jempol iaitu Dato Seri PM Kumar yang juga merupakan aktivis NGO yang banyak membantu masyarakat awam.

Sementara itu, Ketua Wanita Perikatan Nasional Sekijang, Normala Sudirman berkata, DHPP merupakan maruah ahli PAS.

“PAS tidak pernah meminggirkan peranan rakyat Non Muslim dalam membina masyarakat Malaysia yang sejahtera dalan lanskap politik di Malaysia”, ujar beliau.

Turut hadir dalam majlis berkenaan, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustafa, Yang di-Pertua PAS Kawasan Jempol, Mohd Fairuz Isa serta pimpinan parti komponen Perikatan Nasional dari Bersatu dan Gerakan.

PRN Negeri Sembilan diadakan setelah berlaku pembubaran DUN oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun setelah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Pembubaran DUN telah diumumkan pada 1 Julai lepas.

Tarikh penamaan calon bagi Pilihanraya Negeri ditetapkan pada 29 Julai manakala pengundian awal pada 8 Ogos dan tarikh keluar mengundi pada 12 Ogos.